1954
Sekolah ini mula dibuka dengan murid seramai 30 orang, seorang guru (En. Husin bin Umar) dan dibantu oleh dua orang (En. Hassan bin Adam dan En. Ahmad bin Sulaiman).
1962
Sekolah telah dilulusakan oleh kerajaan dan sebuah bangunan tambahan dibina secara gotong-royong. Kemudian, tandas pertama telah dibina.
1968
Kementerian Pelajaran meluluskan peruntukan membina bangunan baru.
1969
Bangunan baru siap serta mula digunakan.
Ukuran: 8.5m X 30m
Keluasan tapak: dua ekar dua rrod (JPN)
1984
Sebuah stor telah dibina oleh PIBG secara gotong-royong untuk menyimpan alatan perkebunan dan peralatan makanan RMT.
2003
Sekolah telah mendapat empat unit rumah guru dan kemudian sebuah bangunan prasekolah telah dibina.
2007
Kelas prasekolah telah mula beroperasi bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berumur 4-6 tahun mendapat pendidikan awal.
2009
Kerja-kerja membaik pulih bangunan prasekolah dijalankan dan buat sementara, kelas prasekolah dipindahkan ke dewan sekolah.
2010-2013
Menerima Anugerah New Deals
0 comments:
Post a Comment